Cherry Flowers
5 Kepentingan Perkahwinan dalam Kehidupan
Monday, November 21, 2011 | 10:34 AM | 0 hamba Allah
(1) Memenuhi keinginan semulajadi- Sememangnya adalah keinginan semulajadi manusia mempunyai nafsu terhadap pasangan mereka. Adalah amat mustahil sekiranya keinginan ini dipenuhi tanpa melalui perkahwinan. Selain daripada itu, kepentingan perkahwinan juga adalah untuk mengelakkan keinginan ini dilalui dengan cara yang salah.
(2) Sebagai pelengkap kehidupan- Adalah mustahil sekiranya seseorang menyatakan bahawa kehidupan mereka telah lengkap tanpa melalui perkahwinan. Ia mungkin hanya luahan sahaja tetapi hakikatnya adalah jauh berbeza. Kepentingan perkahwinan dinyatakan sebagai pelengkap kehidupan adalah kerana peranan pasangan yang dapat membantu untuk menutupi kelemahan diri anda. Setiap manusia dilahirkan pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
(3) Penyambung zuriat- Zuriat atau anak hanya boleh diusahakan melalui perkahwinan sahaja. Tanpanya, adalah mustahil untuk meneruskan keturunan anda. Kepentingan perkahwinan sebagai penyambung generasi tidak boleh dinafikan lagi kerana sejak dari dulu hingga sekarang ianya dipersetujui oleh semua orang tidak kira agama, bahawa sekiranya mereka mahukan pewaris, hanya satu cara adalah dengan melalui perkahwinan.
(4) Mengelakkan kesunyian- Anda mungkin tidak akan berasa sunyi kerana masih mempunyai adik beradik, keluarga dan rakan-rakan. Dari segi luaran ia mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi sekiranya ia dinilai dari segi kesunyian dalaman dan sifat semulajadi anda sebagai manusia, sudah pasti hanya dengan perkahwinan sahaja dapat membantu untuk mengelakkan kesunyian tersebut. Ini adalah merupakan salah satu kepentingan perkahwinan tanpa disedari oleh orang lain.
(5) Mendewasakan diri anda- Hanya melalui perkahwinan, anda yang sebelum ini merupakan seorang budak lelaki, telah bertukar menjadi bapa dan begitu juga seterusnya. Tanggungjawab seorang budak lelaki sudah pasti adalah amat berbeza dengan tanggunggungjawab seorang bapa. Begitulah kepentingan perkahwinan dalam membantu untuk mendewasakan diri anda.


Older Post | Newer Post
Disclaimer

Assalamualaikum! I'm Nur Hidayah. Thank you for your visit and do leave your footprint on my tagboard :)...


Navigations

Owner Link Diary


Talk here

Place Shoutmix here.
Width : 200

Credit

Skin By Sharanichi Potter
Cursor By Syasya
Background By Yaya
Re-Edit By Nur Hidayah